Saturday, April 26

M@Lu??

Assalamualaikum,readers.

Okay,malu..hmmm,,,MALU??

Apa itu MALU?
Menurut wikipidia,malu adalah satu perasaan negatif yang timbul dalam diri seseorang akibat daripada kesedaran diri mengenai perlakuan tidak senonoh yang dilakukan oleh dirinya sendiri.
Setiap orang yang normal mempunyai perasaan malu. Tetapi setiap masyarakat mempunyai pandangan yang berbeza mengenai malu. Sehubungan itu, pendapat mengenai apa yang dimaksudkan malu, apa yang mendatangkan malu serta tindakan yang harus untuk mengatasi perasaan malu berbeza-beza dari satu masyarakat ke satu masyarakat yang lain. Ini adalah kerana dalam konsep malu dan segan ini sebenarnya terkandung satu sisitem nilai dan kepercayaan sesebuah masyarakat itu.
"Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam lebih malu sifatnya dari seorang gadis yang berada di sebalik tirai."
But today I see a lot of people that doesn't have this sense.I shame and I scare if at Mahsyar they will ask me why I din't tell them.I scare.I don't have strength to do that.
Here some example:


kat luar sana ramai couple yang kita boleh lihat.Touch there,touch here.hey,it cannot be like that.Dah lah buat benda haram depan khayalak ramai pulak tu.Apa korang ingat ni negara barat ke nak buat macam tu?Even our country is free country it doesn't mean that you can do everything that you like.Mana sifat MALU korang?X malu ke orang tengok??Starting be friends then become couple then WHAT??Sedarlah bahawa umat sekarang rosak akibat kurangnya pengamalan agama dalam diri korang.Korang tau itu haram tapi korang buat,WHY??

BF: Honey,malam ni tgok wayang jom.
GF: Okay,tak kisah cerita papepun asalkan bi ada.

Okay,tengok wanyang x salah,tapi dengan siapa kamu pergi,cerita apa yang kamu tengok.Sekiranya berdua-duan lelaki dan perempuan di tempat yang gelap yang orang lain tak kan nampak.Tak siapa tau apa akan jadi kan?

BF: You look gorgeous today.
GF: Wow!Thanks
P1: Maaf,kami dari pejabat agama mendapat aduan bahawa ada aktiviti khalwat di sini.
BF: Eh,mana ada.
P1: Apa yang anda berdua lakukan disini berdua-duan?Adik beradik kah?Suami isteri kah?
BF&GF:.......(cover muka)

Looks,time buat tak tau malu tapi bila dah terkantoi baru malu.Malu sebab apa?Okay,kalau perasan banyak je contohnya tapi kenapa I took couple as example because I shame with my school.Guys we had learn everything at the school but why that doesn't made you a better person?I'm not judging you but I'm curios..In the past,our school had been example for other schools,but now?? 

Okay,kita malu bila terkantoi tapi pernah tak kita malu dengan ALLAH??
Pernah x malu sebab:
  • solat lambat
  • mengumpat
  • berdosa
Kita fikir ALLAH sentiasa melihat hamba-hambanya,so malulah sikit nak buat dosa. 


okay,aku cakap ni aku pun bukannya perfect mana..so sama-sama kita menegur.
Malu satu emosi yang negetif bagi orang keseorangan. Tetapi ia merupakan aspek yang positif dalam kehidupan bermasyarakat, kerana perasaan malu dapat mengawal orang keseorangan supaya tidak menyeleweng daripada norma masyarakat dan sekaligus dapat membentuk satu suasana sosial yang lebih harmoni. Oleh itu sikap “tahu malu” seharusnya dipupuk dalam masyarakat kita
.

FLY LIKE A BIRD IN SKY, 
SPREAD THE ISLAM TO ALL.
DON'T CARE WHAT PEOPLE SAY,
THIS GONNA HELP YOU AT AKHIRAT..o_o

Saturday, February 22

HIPOKRITKAH AKU??!

hi~~~~



Seperti yang kita tahu…hipokrit tu ialah…orang yang berpura2 ‘baik’ depan orang…tapi sebenarnya ada niat jahat. Atau buruk sangka…or buat2 baik tapi dalan hati sebenarnya tak suka. Mesti korang pernah jumpa orang camtu kan?
tapi penah tak terfikir…pernah tak terfikir kita sendiri pun pernah mengamalkan budaya hipokrit ini?
Ok,here one story..hope takder yang terasalah..kalu ada tu sorry..                                                                                 
sorry~~

Di sebuah campus,
"Mat,aku ada something nak share dengan ko.."
"Apa dia?"
"Ko tau tak kenapa Bob tu rapat dengan kita?"
"Alah,biarlah dia nak rapat dengan kita pun..Apa masalah kau?"
"Takder ah..Ni aku nak cerita ni..Tadi aku dengar dia borak-borak dengan geng-geng dia yang lain..Pastu ada salah satu kawan dia mintak assignment dia.."
"pastu?"
"ish,kau ni bagilah aku cerita sampai habis..Kat mana takdi,kau punya pasallah ni abis aku lupa.."
"kawan dia mintak assignment.."
"haa!pastu dengan sewenangnya dia kasi beb..ish!!aku dah bengang dah ni.."
"apasal lak??"
"ish,kau ni kalau aku kata bengap marah tapi memang ya pun..kau ni,Bob kan group kita so this mean that assignment is or work!Apasal pulak dia nak kasi kat kawan dia pulak,apa citer.."
"kau dah tanya dia ke?mana tau kalau kawan dia nak jadikan contoh."
"contoh apa bendanya kalu dah ayatnya,pinjam ek..nanti siap copy aku past balik."
"biarlah.."
"ish kau ni,baik sangat..orang dah tiru kerja kita kau nak lepas tangan je??"
"habis tu kau nak buat apa?nak gi serang dia?ko pergilah sesorang aku malas.."
"aku takleh biarkan..ni tandanya dia kawan dengan kita just nak siapkan kerja..tak ikhlas.."
"mana kau tau dia tak ikhlas??kau boleh baca hati dia ke??"
"cara dia dah nampak tak ikhlas,kalau dia ikhlas takdernya nak buat camtu..dia tu hipokrit semata-mata.."
"bukti kau kata dia hipokrit?"
"selama ni kita senang ke susah ke,ada dia nak ambik tau?takkan!dia datang bila prof. bagi kerja je..kalau prof. tak bagi kerja susah nak nampak dia tu.."
"kata orang,kau pun apa kurangnya..apa sebab kau kawan dengan dia..cuba tanya diri kau baik-baik..Apa tujuan sebenar kau kawan dengan dia?betulke sebab ALLAH atau sebab dia kaya..kalau buat assignment kau tak payah keluarkan duit sebab semuanya ditanggung Bob."
"err.."
"aku secara jujurnya aku katakan aku pun kadang-kadang hipokrit jugak..kadang-kadang aku rasa depan senio-senior aku baik je..muka pun aku tak pandang masa cakap tapi kalau kat belakang diorang kadang-kadang aku kutuk juga.."
"mmm,err"
"so,jangan mudah-mudah kau nak kata seseorang itu hipokrit..kita manusia yang sering lupa dan sering melakukan kesalahan tanpa sedar..contohnya sekarang,aku tengok kau dengan Bob tu ok je kalau berjumpa,boleh je kau senyum dengan dia..tapi belakang dia..aku taknak cakap..Ni bukan sekali kau citer pasal Bob dekat aku.tapi dah bayak kali dah"
"err,sorrylah Mat..aku ada kerja,aku gerak dululah."
"pape jelah kau ni.."

~end~
so,if our friends are hypocrite why don't tell them?why we keep it as secret?if we don't tell forever she/he will act like that.please move on and ask them why they act like that if not until when we gonna stop talking about them?

http://www.youtube.com/watch?v=H9sN64DLlbM (contoh hipokrit,try lah buka link tu)
Sebenarnya banyak je contoh lain hipokrit ni tapi malas nak pikir..citer tu aku reka je..maksud hipokrit bagi aku lebih kurang camtu ah..Just thing about themselves..only they that right!Sometime I think people who're hypocrite is someone that selfish!!
           
today,it was so hard to find person that are not hypocrite..am i right?                
                                             

let's change the world~~

NO MATTER HAPPEN KEEP YOUR SMILE ON YOUR FACE BECAUSE WITH SMILE CAN CHANGE EVERYTHING!!



Monday, August 5

#kasih ibu#

Assalamualaikum...

First at all I wanna say HAPPY BIRTHDAY TO MY ONLY ONE MOTHER IN THIS WORLD.
May ALLAH bless U in your daily life and thank for strong enough stand with my attitude.         I LOVE YOU UNTIL THE END OF MY LIFE AND UNTIL JANNAH.
Maybe I never say it but I really love u.



k,aku ada satu kisah yang menyayat hati.

Dalam satu kampung tinggal sepasang suami isteri yang baru sahaja mendirikan rumah tangga.Perkahwinan mereka bukan atas kehendak mereka namun mereka telah difitnah oleh seseorang.Mereka terpaksa bersetuju untuk menutup malu.
"Ibu,kenapa ibu paksa saya menikah dengan perempuan yang saya langsung tak tahu asal usulnya?"Bentak si suami.
"You have to."jawab ibunya.
"Am,please just this time you help us.Tengok si Siti tu.Mak ayah dah tak mengaku anak sebab atas kesilapan kamu.Kamu patut bertanggungjawab."Ujar ayahnya.
"But what did I do?I didn't do anything,okay?I'm be trap!"Soalnya.
"Just accept her,Am.Please."Ayahnya masih memujuk anak tunggalnya.
"Fine!"Akhirnya Am memberi kata putus.
Perkahwinan mereka diadakan secara sederhana.Usia perkahwinan mereka telah berganjak selama dua bulan namun hubungan mereka masih renggang.Suatu hari Siti disahkan positif mengandung. Tidak lama setelah Siti melahirkan anak mereka,Am terpaksa bekerja diluar negara.Tinggallah Siti seorang diri dirumah mereka.
Bertahun lamanya Am tidak pulang kerumah.Kini anaknya sudah menginjak usia satu tahun.Sudah pandai berkata-kata.Anaknya sering bertanyakan tentang ayahnya sehinggakan Siti sudah buntu untuk menjawab. Suatu hari,Siti ternampak Am bermesra bersama perempuan lain.Dia menghampiri Am dan perempuan itu.
"Oo,selama ini abang tak balik rumah sebab perempuan nilah ye?"Soalnya.
"Ah,who's this ugly women,darling?"Soal perempuan itu.
"Oh,i don't know who was she.Maybe just crazy women."Jawab Am selamba.
"Oo,crazy women.Hey,Am!I'm still your wife until you divorce me!"Jawab Siti lantang.
"Then,who's this women?"Soalnya lagi.
"Oo,this my second wife.Pretty,right?"Ujar Am sengaja ingin memanaskan hati Siti.
"You just marriage with her,then divorce me right NOW!"Ujarnya.
"This what I'm waiting for.Mulai hari ini,detik ini,saat ini,dengan ini Siti bt Ahmad,aku jatuhkan akan engkau talak tiga."Puas Am mengatakan hal itu.
Bermula detik itu,hidup Siti mula jadi tidak keruan.Hidupnya menjadi teramat susah.Anaknya telah jatuh sakit namun begitu Siti tidak mampu untuk membayar pembiyaan ubat anaknya.Siti  terpaksa berhutang semata-mata hanya untuk kasihatan anaknya.Anaknya makin hari makin membesar.Makin memerlukan duit.Siti melakukan pelbagai kerja hanya untuk mencari segantang beras untuk dimakan oleh mereka dua beranak.
"Ibu,nak duit sikit.Nak bayar duit kelas tambahan."Minta Laila,anaknya.
"Maaf,Laila.Ibu masih tak dapat kumpul duit untuk bayar kelas tambahan tu tapi bayar yang mampu jelah dulu ye."Ujar ibunya sambil menghulurkan duit yang ada.
"Ibu,Laila malulah dengan kawan-kawan.Diorang takder pun yang berhutang macam kita!"Bentak Laila.
"Ibu sedang usahakan.Sabar ya Laila.Beritahu guru kamu,ibu minta maaf banyak-banyak."Ujar ibunya.
"Sabar,sabar,sabar.Itu je ibu tahu."Tengkingnya.Siti terkejut dengan sikap anaknya.
Suatu hari Laila jatuh sakit.Berminggu-minggu Laila terlantar diatas katil.Sitilah yang bekerja demi mencari wang untuk membali ubat buat  Laila.Siti yang menyuapkan makan,minum Laila.Yang membantu dan memapah Laila kemana dia inginkan.
"Ibu,hari raya dah dekat.Laila nak baju baru.Dah berapa tahun Laila pakai baju sama.Naik muak Laila tengok."Ujar Laila.
"Ah!Takper.Nanti ibu buatkan yang baru ya.Nanti kita ke kedai pilih kain macam mana ya?"Ujar Siti lembut.
Laila memelih kain yang bukan calang-calang.Kain yang bermutu tinggi pasti sahaja harganya turut tinggi.Siti terkesan dengan sikap Laila namun tetap diamkan sahaja.Siti menuruti segala kehendak Laila.Siang malam, Siti bertungkus lumus menyiapkan baju kurung baru untuk satu-satunya permata cahayanya.
Segala yang Laila inginkan pasti diberinya walaupun benda itu mahal.Segala kesalahan Laila,tidak pernah Siti menengkingnya.Siang malam,Siti mencari duit hanya untuk membahagiakan anaknya.Sudahlah miskin,tidak pernah mendapat kasih sayang dari seorang ayah pula tu.Siti ingin Laila berjaya dan lupakan segala kenangan pahitnya.Andai Laila sakit,Siti yang mengendongnya ke klinik.Andai Laila dipukul,Siti akan mempertahankan anaknya dari terluka.Siti tidak ingin melihat Laila sengsara.Siti sanggup berhutang dengan orang kampung semata-mata untuk menghantar Laila melanjutkan pelajarannya.
"Ibu,Laila janji,nanti Laila dah berjaya Laila bawa ibu pergi dari kehidupan kita yang sekarang ni."Ujar Laila.
"Laila,belajar rajin-rajin tau.Jangan malas-malas.Ibu sayang Laila.Ibu nak Laila berjaya."Ucap Siti.
"Laila janji,ibu.Laila akan belajar bersungguh-sungguh.Laila pun sayang ibu."Ujarnya lalu memeluk tubuh kecil ibunya.



Kini Laila telah berjaya menjadi seorang graduan dari sebuah universiti.Laila telah mengawini seorang lelaki yang kaya.Dia telah melupakan janjinya pada ibunya.Suatu hari,Siti ternampak kelibat Laila bersama suaminya.Siti menghampiri mereka.
"Laila,Laila ke ni?Ya Allah,akhirnya aku jumpa anak aku."Ujarnya sambil menyentuh muka Laila.
"Sayang,siapa ni?"Soal suami Laila.
"Ntahlah.Sayang tak kenal pun siapa mak cik ni."Dalihnya.
"Ni ibulah,Laila.Laila dah lupa ibu ke?"Soal Siti.
"Sayang,kenapa dia kata dia ibu sayang?Bukan ke ibu sayang dah meninggal?"Soal suaminya.
"Manalah Laila tahu.Mungkin pengemis biasa je ni.Abang kasi jelah duit kat mak cik ni.Nanti blah lah tu." Ujarnya.Sebolehnya Laila tidak mahu berjumpa ibunya.Suaminya manghulurkan sekepng not RM50.Siti menolak sekeras-kerasnya.
"It's okay if you forget me!But don't ever treat me like I'm a beggar!Even i'm dirty,old but I'm still have my own pride!Remember that!"Ujar Siti lalu berlalu pergi.Dia terkilan dengan perubahan Laila.
"Wah!Mak cik zaman sekarang dah maju ya.Speaking tu.."Seloroh Laila.
Siti mencari peluang pekerjaan di kedai-kedai yang mahu mengambilnya bekerja.Dia tidak pernah mengharapkan simpati masyarakat.Selagi dia mampu berdidikari,dia akan mencari rezekinya sendiri.
Suatu hari,Laila mendapat panggilan mengatakan bahawa ibunya meninggal dalam sebuah kemalangan.Laju dia memandu keretanya ke hospital.
"Ibu,ibu!Maafkan Laila atas kebiadapan Laila hari itu.Laila minta maaf sangat.Laila minta maag sebab tak tunaikan janji Laila dengan ibu.Ibu,tolonglah buka mata balik.Berilah Laila peluang untuk berkhidmat kepada ibu.Laila minta maaf sangat-sangat.Ibu,ibulah ibu yang terbaik yang Laila pernah jumpa.Ibu maafkan Laila. Ibu banyak bersabar dengan kerenah Laila yang entah pape tu."Rontanya.Namun Siti telah pergi selama-lamanya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~THE END~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sayangi ibu anda sebelum mereka pergi untuk selama-lamanya.Jangan sesekali menyakiti hatinya.Telah banyak pengorbanan yang dilakukannya sejak kita berada dalam kandungan ibu kita lagi sehinggalah kita dewasa.Tidak pernah sekali kita berhenti menyusahkan ibu kita.Ibu merupakan insan yang paling kuat kerana mampu bertahan dengan perangai kita.Ibu sanggup berjaga malam semata-mata untuk menjaga kita.
Pengorbanannya bukan sepatutnya disambut hanya pada mother's day.Sepatutnya disambut setiap hari selagi ibu bernyawa.Ibu tidak pernah mengharapkan balasan yang besar cukuplah dengan kita menghormatinya.


MOM,YOU'RE THE BEST!
SARANG-HEI OMMA.
LOVE U MOM.
THANKS ALLAH FOR GIVE ME THE BEST AND PRETTIES MOTHER EVER.