Followers

Hi~~WELCOME TO MY BLOG

"Thanks sebab sudi singgah kat blog yang tak berapa lawa dan cerita yang tak berapa menarik ni...I'm still learn how to make my story or my blog be fantastic.Apa-apa pun thanks.>_<
Hope enjoy reading my story.. Let's make a change.Have a question,you can ask me but if i cannot answer it,sorry.I'm not really good in everything.Jom tegur menegur untuk kebaikan.May ALLAH bless u all."

Monday, October 5

::ISLAMOPHIA::

APA ITU ISLAMOPHOBIA???

Definisi kamus bagi kosa “phobia” ialah “ketakutan atau kebencian yang keterlaluan: ketakutan tidak rasional atau amat kuat dan benci terhadap sesuatu”. Secara mudahnya berdasarkan definisi ini, Islamophobia ialah ketakutan tidak rasional atau amat kuat atau benci terhadap Islam. Namun, Islamophobia lebih dari sekadar makna ini dan ia turut menggabungkan kebencian kaum, sikap tidak bertoleransi, prejudis, diskriminasi dan stereotaip. Fenomena Islamophobia pada asasnya ialah kebencian berasaskan agama. Ia mempunyai dua aspek berbeza dari sudut protagonis Islamophobia dan dari sudut mangsa Islamophobia.
Istilah Islamophobia diperkenalkan pada 1996 oleh “Commission on British Muslims and Islamophobia”. Pada tahun berikutnya, “Commission” tersebut yang mengeluarkan “Runnymede Trust Report Islamophobia : a challenge for all of us” menginstitusikan kosa kata Islamophobia sebagai bererti “prejudis terhadap Islam”, walaupun kosa kata tersebut secara harfiahnya bererti “ketakutan tidak berasas terhadap Islam”.



Umat ISLAM sering dilabelkan sebagai "terrorist" oleh kerana itu munculnya "ISLAMOPHOBIA" ini.Namun sedarkah siapa yang mulakan serangan terlebih dahulu???Contohnya,

Kejadian 9/11 

Serangan yang dikatakan disebabkan oleh Islam terhadap WCT.

the truth is I'm not know much about this 9/11


Dalam sekelip mata, Islam menjadi musuh nombor satu dunia dan bertukar wajah menjadi agama yang digeruni. Umat Islam di seluruh dunia dicurigai dan ditakuti walaupun ada umat Islam sendiri yang menjadi mangsa serangan-serangan tersebut. Dunia Barat menganggap umat Islam sebagai risiko keselamatan dan apa sahaja berkaitan Islam dan umatnya dicurigai, tidak kira dari mana atau siapa mereka mahupun bagaimana pakaian mereka.

https://www.youtube.com/watch?v=UshYl5w8Xew  

Gaza

Berapa ramai umat Islam kehilangan tempat tinggal,kehabisan sumber makanan dah kehilangan harta benda akibat perampasan tanah HAK MILIK umat ISLAM.

Mereka hanya membalas dengan lemparan batu sedangkan perampas menggunakkan senjatan moden. Yang melawan mereka adala Al-Qassam iaitu pejuang-pejuang mereka sendiri tetapi mereka tidak menyerang melainkan jika diserang terlebih dahulu.


Ini juga dibuktikan dengan penerbitan beberapa filem berunsur Islamofobia seperti filem “Innocence of Muslim’ arahan Sam Becille yang secara jelas menghina Islam dan Rasulullah SAW serta menunjukkan salahfahaman terhadap Islam itu sendiri. Fenomena Islamofobia semakin hari semakin popular dan memberikan implikasi pelbagai kepada kehidupan umat Islam sehinggakan Pertubuhan Negara-negara Islam telah menubuhkan “OIC Islamofobia Observatory” bagi memantau perkembangan isu ini dan juga mengambil inisiatif usaha-usaha ke arah membetulkan persepsi negatif terhadap Islam. 




ISLAM IS NOT A TERRORIST,THEY FIGHT FOR THEIR RIGHT!!!




Islamophia mungkin tidak ketara di Malaysia tapi di negara-negara lain,ramai umat Islam yang ditindas.


 Rakyat yang tidak bersalah menjadi mangsa.

Ayuhlah bersatu wahai umat Islam,hentikan ISLAMOPHOBIA ini.
Sudah menjadi kewajipan umat islam menjaga dan menolong umat islam yang lain.



Saturday, March 21

::small but heavy::




Sebagai manusia kita diberi banyak peluang to do something better from yesterday. Cuma kita sedar atau tak je...

Kita sibuk membetulkan ibadah wajib kita.Tak salah tapi pernah tak kita ambil kisah tentang amalan yang kecil??Contohnya amalan sunat.

Kita solat tapi selepas solat adakah kita mengingati ALLAH??Kebanyakkan manusia akhir-akhir ini sering mengejar dunia sehingga melupakan perkara yang kecil.

"Tepuk dada tanya iman."


"Dari ‘Abdullah bin ‘Amru bin As Radiallahu‘anhu, katanya: Rasulullah bersabda : ‘Sesungguhnya Allah memilih seorang dari umatku untuk menjadi saksi makhluk-makhluk pada hari kiamat. Kemudian dibukalah 99 catatan, yang setiap catatan terbentang sepanjang penglihatan. Kemudian Allah bertanya : ‘Adakah ini sesuatu yang kau ingkari? Apakah engkau dizalimi oleh pencatatKu dengan catatan-catatan ini?’ Dia menjawab : ‘Tidak, Tuhanku.’ Allah bertanya : ‘Apakah engkau hendak mengemukakan alasan?’ Jawabnya : ‘Tidak, Tuhanku.’ Allah berkata : ‘Benar, di sisiKu engkau memiliki kebaikan, dan tidak akan ada kezaliman atas dirimu pada hari ini.’ Lalu keluarlah selembar catatan yang berisi tulisan : ‘Asyhadu an‘La Ilaha Illallah’ , wa Asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rasuluh.’ Allah berfirman : ‘Bawalah ini ke neraca.’ Dia menjawab : ‘Wahai Tuhanku, selembar catatan ini ditimbang dengan seluruh catatan lainnya?’ Allah menjawab : ‘Sesungguhnya engkau tidak dizalimi.’ Lalu diletakkan selembar catatan itu di salah satu sisi neraca, sedangkan catatan lainnya sepanjang penglihatan itu diletak di sisi yang lain. Ternyata catatan-catatan yang banyak Keutamaan Dan Buah Zikir itu menaik, sedangkan selembar catatan itu memberat. Maka tidak ada sesuatu yang mampu menyaingi nama Allah.’ "
(HadisRiwayat At-Tirmizi, dan dikatakan sebagai hadis hasan, dan IbnMajah, Ibn Hibban didalam Sahih mereka, serta Al-Baihaqi dan Al-Hakim, dan dikatakan sahih atas syarah Muslim)

Di samping itu, zikir ‘Lailahaillallah’ mempunyai banyak fadhilat dan kelebihan, antaranya ialah:-

Pertama : Pengamal akan mendapat syafaat dari Rasulullah SAW.

Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, “Dari Abu Hurairah r.a. berkata : Telah bersabda Rasulullah SAW : Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang mengucap kalimah Lailahaillallah dengan hati yang ikhlas.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Kedua : Mendapat jaminan masuk Syurga.

Dari Zaid bin Arqam Radiallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Barangsiapa yang mengucapkan ‘Lailahaillallah’ dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam syurga.” Lalu ditanya kepada baginda SAW, “Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu?” Rasulullah SAW bersabda, “Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram.” (Hadis riwayat at-Tabarani)

Ketiga : Tidak akan dimasukkan ke dalam api Neraka.

Dari Umar r.a. meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Aku mengetahui satu kalimah yang tidaklah seorang hamba pun yang mengucapkannya dan membenarkannya dengan hati kemudian ia mati dengannya melainkan haramlah ke atasnya Neraka Jahanam. Kalimah itu ‘Lailahaillallah.’” (Hadis riwayat al-Hakim)

Keempat : Amalan zikir tersebut mendapat timbangan yang lebih berat dari amalan-amalan yang lain.

Dari Abi Abas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Demi yang diriku di tangan-Nya, jika sekiranya segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa yang ada di bawahnya diletakkan di sebelah dacing dan kalimah ‘Lailahaillallah’ di sebelah yang lain, maka dacing kalimah ‘Lailahaillallah’ itulah yang lebih berat.” (Hadis riwayat at-Tabarani)

Kelima : Merupakan anak kunci Syurga.

Muaaz bin Jabal Radiallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Anak-anak kunci syurga ialah mengakui kalimah ‘Lailahaillallah’.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)


Apa kata kita ubah gaya hidup kita????



Kita semua maklum bahawa ALLAH akan memberi ganjaran atas setiap amalan tidak kira sebesar mana pun.

Oleh itu jom memperbanyakkan amalan-amalan yang kecil IKHLAS kerana ALLAH.


Saturday, June 28

::3g0::

Assalamualaikum~~
If we realize, in this world there so many people that never realized they had an ego habits in their life. Honestly, this habit came from themselves.This happen when they bump with another person they also has this bad habits when they are not realized they have an ego in themselves.


"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri."
(Surah Luqman. Ayat 018) 


Some of the examples: If made mistakes,they hard to ask for an apologizes and when someone else make mistakes to them,they hard to forgive that person.

"Mat,macam free je..Boleh tolong aku petang ni?"
"Tolong apa?"
"Tolong ajar aku.Aku tunggu kau kat pondok."'
"K"

1 jam kemudian.
"Mana dia ni.Tadi suruh aku tunggu kat sini.Kalau lagi setengah jam tak sampai jugak siap ah.Aku cow."

"Ah,Mat.Sorry pasal semalam.Aku ada hal tiba-tiba.Kena balik awal.Aku belanja kau makan petang ni,amacam?Ok?"
"-----"
"Kau maafkan aku ke tak?"
"-----"
"Tak pe ah,aku cow dulu"

Seminggu berlalu,
"Mat.."
"----"
"Ni mak aku kasi kuih kat kau ambik ah!"
"Letak jelah situ"

Keesokkannya,
"Eh,mana kuih mak aku kasi?Mat kau nampah tak?"
"Ooo,aku baru buang."
"APASAL??!"
"Dah basi.Bukan salah aku.Kau yang tak simpan dalam peti sapa suruh?"
"Dah aku kasi kat kau kan semalam."

See..keegoan yang berlaku disitu.Apabila kawan dia meminta maaf dia hanya mendiamkan diri dan apabila dia menyakiti hati kawan dia,it's like nothing happen..

Ok,aku pun tak tau apa benda yang aku mengarut dlm entry kali ni..
SALAM RAMADHAN...^_^















Saturday, May 3

WHY?!


Assalamualaikum,readers..

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu"


Satu kapal terbang kertas jatuh di hujung kakiku.Aku mendongak keatas.Mencari arah kapal itu datang. Akhirnya,pandanganku terhenti di sebuah bangunan yang agak usang.Lama aku tilik bangunan itu akhirnya aku melangkah pergi. Hari-hari berikutnya peristiwa itu tetap berlaku hinggalah suatu hari hatiku terdetik untuk mengutip kapal terbang kertas itu.Aku menilik kapal kertas itu dan terperasan ada tulisan didalammya.
"DEAD"
Wow!Satu perkataan yang mendalam.Aku melangkah menuju ke arah bangunan lama tersebut.Tangga dipanjatku dengan berhati-hati sehinggalah aku tiba di rooftop.Aku melihat disana terdapat seorang pemuda yang sedang bersandar pada tiang batu.Pemuda itu tidak perasan agak kehadiranku.
Pada pandanganku,pemuda itu agak selekeh.Tiba-tiba aku tertendang tin-tin kosong yang bersepah disitu.
"Sapa tu?"Soalnya.
Alamak!Kantoi.Apa aku nak cakap ni..
Pemuda itu kembali melayan perasaannya.Aku lihat di tangannya sebatang rokok.Aku buat kerja aku.Tanganku mengeluarkan sebuah buku sketch dari beg sandang.Laju tanganku melakarkan sesuatu diatasnya.Aku rasa aman dan selesa berada disana.
Sejak hari itu kerap kali juga aku kesana.
"Wei,aku tengok kau selalu datang sini.Kenapa kau datang sini?"Soal pemuda tersebut.
"Kau pun selalu datang sini.Apasal kau datang sini?"aku ajukan semula pertanyaan itu.
"Ish!Aku tanya kau.Kau tanya aku balik apasal?"
"Dah kau selalu datang sini.Pastinya sebab kita sama."
"Aku Jay,kau?"Sambungku.
"Just call me Dan"
Kami melakukan kerja kami.
"Dan,apasal kau selalu datang sini?Kau tak kerja ke?"
"He'eleh.tanya orang.Kau tu apasal datang sini?Takder keje?"
"Aku tak kerja lagi,still study.Medic"
"Same as you"
"You know why I came here?Only this place can bring me far away from my life."Sambung Dan.
"What happen to your life until you came here?"
"Why should I told you.You not even my relative or my family."

"Sometime family like stranger and stranger like family.If you do mind to share dengan aku,aku on je."
A few day after.
"Jay,kenapa kita hidup?"
Sentap dengar soalan tu.
"Kenapa kau tanya?Kau hidup buat apa.I mean your activities?"
"Ntah,Hidup aku bangun pagi,makan,study then tidur.Pastu activity aku sama je hari-hari."
"Parents kau tak pernah bagitau ke apa motif kita hidup?"
"Diorang tak pernah cares pasal life aku.Aku,aku.Diorang,diorang.Life kami berbeza."
"Ah,I tell you tomorrow.I need to go.Adios~"

"Okay,soalan kau semalam aku dah ada jawapannya."
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu"

"So?"
"Okay.First  aku nak tanya kau kita datang dari mana?Jangan jawab dari perut ibu or tanah."
"God"
"Okay,who are our GOD.ALLAH right?"
"Yup!"
"ALLAH create us for ibadah kepada-Nya.Mean kat sini kita hidup bukan hanya untuk makan or tidur.Kita ada tanggungjawab kita perlu beribadah kepada ALLAH."
"Habis tu kita nak ibadah 24 jam ke?How?"
"Yup!Dan,ibadah tak semestinya hanya solat.Setiap amalan yang kita lakukan di dunia adalah ibadah jika kita niatkan kerana ALLAH TAALA.Inilah masalah masyarakat sekarang.Hanya memandang skop ibadah pada rukun islam yang lima tu je.."

"Setiap amalan yang kita lakukan di dunia akan disoal di akhirat sana.So as a muslim kita perlulah sentiasa melakukan pekerjaan dengan niat ibadah kepada ALLAH.Kalau tak sia-sia je hidup kat atas muka bumi ni."
"Ooo.Thanks Jay.Selama ni aku tak pernah tau pun tujuan kita diciptakan.Sometimes aku rasa cam takder guna aku hidup better aku mati kot sebab parents aku busy dengan kerja masing-masing tak pernah pulak aku tengok diorang beribadah.Life aku pulak takder orang cares aku nak buat apa as long parents give me the money to survive on this world.Now I realized that we not just been created for fun.Thanks again.You right,sometime stranger like family,family like stranger.Tak pernah aku tanya soalan ni kat parents aku."
"Takder papelah.Memang tugas seorang muslimin untuk menyampaikan ayat-ayat ALLAH dan sebagai kawan kau memang kerja aku ingatkan kau.Secara tak langsung aku mengingat diri aku sendiri."
"Jay,kau cakap macam orang yang alim gila tentang agama tapi pemakaian,life style kau tak menunjukkan macam kau alim bab-bab agama."
"Dan,aku bukannya alim pun.Pemakaian or life style tu tak penting asalkan life kau tak lari dari syariat yang dilandaskan oleh ALLAH."
"Ooo.."
~END~
cerita rekaan semata-mata.

Okay,kita sebagai hamba perlulah mengabdikan diri kita fully to our creatures,ALLAH because from HIM we come and back.Kita dijadikan adalah untuk menjadi khalifah bagi mentadbir alam ini berlandaskan hukum-hakam yang ditetapkan oleh ALLAH in holy quran.ingatlah bahawa kita dijadikan dari setitis air mani yang sangat hina jadi siapa kita untuk melawan kata-kata ALLAH.Even susah mana pun hidup kita,kita perlu beribadah kepada ALLAH.

Life WELL or life HELL,you choose.


Jom,sama-sama berubah kearah yang lebih baik.
Sama-sama mencari MARDHATILLAH.
Sama-sama saling memperingati untuk menuju ke SYURGA ALLLAH.
Ingat tujuan asal kita diciptakan.
Bukan untuk main-main.
o_o ^_^ T^T -_- @_@ *_* $_$  >_< n_n ^o^ =_=


SS

Saturday, April 26

M@Lu??

Assalamualaikum,readers.

Okay,malu..hmmm,,,MALU??

Apa itu MALU?
Menurut wikipidia,malu adalah satu perasaan negatif yang timbul dalam diri seseorang akibat daripada kesedaran diri mengenai perlakuan tidak senonoh yang dilakukan oleh dirinya sendiri.
Setiap orang yang normal mempunyai perasaan malu. Tetapi setiap masyarakat mempunyai pandangan yang berbeza mengenai malu. Sehubungan itu, pendapat mengenai apa yang dimaksudkan malu, apa yang mendatangkan malu serta tindakan yang harus untuk mengatasi perasaan malu berbeza-beza dari satu masyarakat ke satu masyarakat yang lain. Ini adalah kerana dalam konsep malu dan segan ini sebenarnya terkandung satu sisitem nilai dan kepercayaan sesebuah masyarakat itu.
"Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam lebih malu sifatnya dari seorang gadis yang berada di sebalik tirai."
But today I see a lot of people that doesn't have this sense.I shame and I scare if at Mahsyar they will ask me why I din't tell them.I scare.I don't have strength to do that.
Here some example:


kat luar sana ramai couple yang kita boleh lihat.Touch there,touch here.hey,it cannot be like that.Dah lah buat benda haram depan khayalak ramai pulak tu.Apa korang ingat ni negara barat ke nak buat macam tu?Even our country is free country it doesn't mean that you can do everything that you like.Mana sifat MALU korang?X malu ke orang tengok??Starting be friends then become couple then WHAT??Sedarlah bahawa umat sekarang rosak akibat kurangnya pengamalan agama dalam diri korang.Korang tau itu haram tapi korang buat,WHY??

BF: Honey,malam ni tgok wayang jom.
GF: Okay,tak kisah cerita papepun asalkan bi ada.

Okay,tengok wanyang x salah,tapi dengan siapa kamu pergi,cerita apa yang kamu tengok.Sekiranya berdua-duan lelaki dan perempuan di tempat yang gelap yang orang lain tak kan nampak.Tak siapa tau apa akan jadi kan?

BF: You look gorgeous today.
GF: Wow!Thanks
P1: Maaf,kami dari pejabat agama mendapat aduan bahawa ada aktiviti khalwat di sini.
BF: Eh,mana ada.
P1: Apa yang anda berdua lakukan disini berdua-duan?Adik beradik kah?Suami isteri kah?
BF&GF:.......(cover muka)

Looks,time buat tak tau malu tapi bila dah terkantoi baru malu.Malu sebab apa?Okay,kalau perasan banyak je contohnya tapi kenapa I took couple as example because I shame with my school.Guys we had learn everything at the school but why that doesn't made you a better person?I'm not judging you but I'm curios..In the past,our school had been example for other schools,but now?? 

Okay,kita malu bila terkantoi tapi pernah tak kita malu dengan ALLAH??
Pernah x malu sebab:
  • solat lambat
  • mengumpat
  • berdosa
Kita fikir ALLAH sentiasa melihat hamba-hambanya,so malulah sikit nak buat dosa. 


okay,aku cakap ni aku pun bukannya perfect mana..so sama-sama kita menegur.
Malu satu emosi yang negetif bagi orang keseorangan. Tetapi ia merupakan aspek yang positif dalam kehidupan bermasyarakat, kerana perasaan malu dapat mengawal orang keseorangan supaya tidak menyeleweng daripada norma masyarakat dan sekaligus dapat membentuk satu suasana sosial yang lebih harmoni. Oleh itu sikap “tahu malu” seharusnya dipupuk dalam masyarakat kita
.

FLY LIKE A BIRD IN SKY, 
SPREAD THE ISLAM TO ALL.
DON'T CARE WHAT PEOPLE SAY,
THIS GONNA HELP YOU AT AKHIRAT..o_o

Saturday, February 22

HIPOKRITKAH AKU??!

hi~~~~



Seperti yang kita tahu…hipokrit tu ialah…orang yang berpura2 ‘baik’ depan orang…tapi sebenarnya ada niat jahat. Atau buruk sangka…or buat2 baik tapi dalan hati sebenarnya tak suka. Mesti korang pernah jumpa orang camtu kan?
tapi penah tak terfikir…pernah tak terfikir kita sendiri pun pernah mengamalkan budaya hipokrit ini?
Ok,here one story..hope takder yang terasalah..kalu ada tu sorry..                                                                                 
sorry~~

Di sebuah campus,
"Mat,aku ada something nak share dengan ko.."
"Apa dia?"
"Ko tau tak kenapa Bob tu rapat dengan kita?"
"Alah,biarlah dia nak rapat dengan kita pun..Apa masalah kau?"
"Takder ah..Ni aku nak cerita ni..Tadi aku dengar dia borak-borak dengan geng-geng dia yang lain..Pastu ada salah satu kawan dia mintak assignment dia.."
"pastu?"
"ish,kau ni bagilah aku cerita sampai habis..Kat mana takdi,kau punya pasallah ni abis aku lupa.."
"kawan dia mintak assignment.."
"haa!pastu dengan sewenangnya dia kasi beb..ish!!aku dah bengang dah ni.."
"apasal lak??"
"ish,kau ni kalau aku kata bengap marah tapi memang ya pun..kau ni,Bob kan group kita so this mean that assignment is or work!Apasal pulak dia nak kasi kat kawan dia pulak,apa citer.."
"kau dah tanya dia ke?mana tau kalau kawan dia nak jadikan contoh."
"contoh apa bendanya kalu dah ayatnya,pinjam ek..nanti siap copy aku past balik."
"biarlah.."
"ish kau ni,baik sangat..orang dah tiru kerja kita kau nak lepas tangan je??"
"habis tu kau nak buat apa?nak gi serang dia?ko pergilah sesorang aku malas.."
"aku takleh biarkan..ni tandanya dia kawan dengan kita just nak siapkan kerja..tak ikhlas.."
"mana kau tau dia tak ikhlas??kau boleh baca hati dia ke??"
"cara dia dah nampak tak ikhlas,kalau dia ikhlas takdernya nak buat camtu..dia tu hipokrit semata-mata.."
"bukti kau kata dia hipokrit?"
"selama ni kita senang ke susah ke,ada dia nak ambik tau?takkan!dia datang bila prof. bagi kerja je..kalau prof. tak bagi kerja susah nak nampak dia tu.."
"kata orang,kau pun apa kurangnya..apa sebab kau kawan dengan dia..cuba tanya diri kau baik-baik..Apa tujuan sebenar kau kawan dengan dia?betulke sebab ALLAH atau sebab dia kaya..kalau buat assignment kau tak payah keluarkan duit sebab semuanya ditanggung Bob."
"err.."
"aku secara jujurnya aku katakan aku pun kadang-kadang hipokrit jugak..kadang-kadang aku rasa depan senio-senior aku baik je..muka pun aku tak pandang masa cakap tapi kalau kat belakang diorang kadang-kadang aku kutuk juga.."
"mmm,err"
"so,jangan mudah-mudah kau nak kata seseorang itu hipokrit..kita manusia yang sering lupa dan sering melakukan kesalahan tanpa sedar..contohnya sekarang,aku tengok kau dengan Bob tu ok je kalau berjumpa,boleh je kau senyum dengan dia..tapi belakang dia..aku taknak cakap..Ni bukan sekali kau citer pasal Bob dekat aku.tapi dah bayak kali dah"
"err,sorrylah Mat..aku ada kerja,aku gerak dululah."
"pape jelah kau ni.."

~end~
so,if our friends are hypocrite why don't tell them?why we keep it as secret?if we don't tell forever she/he will act like that.please move on and ask them why they act like that if not until when we gonna stop talking about them?

http://www.youtube.com/watch?v=H9sN64DLlbM (contoh hipokrit,try lah buka link tu)
Sebenarnya banyak je contoh lain hipokrit ni tapi malas nak pikir..citer tu aku reka je..maksud hipokrit bagi aku lebih kurang camtu ah..Just thing about themselves..only they that right!Sometime I think people who're hypocrite is someone that selfish!!
           
today,it was so hard to find person that are not hypocrite..am i right?                
                                             

let's change the world~~

NO MATTER HAPPEN KEEP YOUR SMILE ON YOUR FACE BECAUSE WITH SMILE CAN CHANGE EVERYTHING!!



Monday, August 5

#kasih ibu#

Assalamualaikum...

First at all I wanna say HAPPY BIRTHDAY TO MY ONLY ONE MOTHER IN THIS WORLD.
May ALLAH bless U in your daily life and thank for strong enough stand with my attitude.         I LOVE YOU UNTIL THE END OF MY LIFE AND UNTIL JANNAH.
Maybe I never say it but I really love u.



k,aku ada satu kisah yang menyayat hati.

Dalam satu kampung tinggal sepasang suami isteri yang baru sahaja mendirikan rumah tangga.Perkahwinan mereka bukan atas kehendak mereka namun mereka telah difitnah oleh seseorang.Mereka terpaksa bersetuju untuk menutup malu.
"Ibu,kenapa ibu paksa saya menikah dengan perempuan yang saya langsung tak tahu asal usulnya?"Bentak si suami.
"You have to."jawab ibunya.
"Am,please just this time you help us.Tengok si Siti tu.Mak ayah dah tak mengaku anak sebab atas kesilapan kamu.Kamu patut bertanggungjawab."Ujar ayahnya.
"But what did I do?I didn't do anything,okay?I'm be trap!"Soalnya.
"Just accept her,Am.Please."Ayahnya masih memujuk anak tunggalnya.
"Fine!"Akhirnya Am memberi kata putus.
Perkahwinan mereka diadakan secara sederhana.Usia perkahwinan mereka telah berganjak selama dua bulan namun hubungan mereka masih renggang.Suatu hari Siti disahkan positif mengandung. Tidak lama setelah Siti melahirkan anak mereka,Am terpaksa bekerja diluar negara.Tinggallah Siti seorang diri dirumah mereka.
Bertahun lamanya Am tidak pulang kerumah.Kini anaknya sudah menginjak usia satu tahun.Sudah pandai berkata-kata.Anaknya sering bertanyakan tentang ayahnya sehinggakan Siti sudah buntu untuk menjawab. Suatu hari,Siti ternampak Am bermesra bersama perempuan lain.Dia menghampiri Am dan perempuan itu.
"Oo,selama ini abang tak balik rumah sebab perempuan nilah ye?"Soalnya.
"Ah,who's this ugly women,darling?"Soal perempuan itu.
"Oh,i don't know who was she.Maybe just crazy women."Jawab Am selamba.
"Oo,crazy women.Hey,Am!I'm still your wife until you divorce me!"Jawab Siti lantang.
"Then,who's this women?"Soalnya lagi.
"Oo,this my second wife.Pretty,right?"Ujar Am sengaja ingin memanaskan hati Siti.
"You just marriage with her,then divorce me right NOW!"Ujarnya.
"This what I'm waiting for.Mulai hari ini,detik ini,saat ini,dengan ini Siti bt Ahmad,aku jatuhkan akan engkau talak tiga."Puas Am mengatakan hal itu.
Bermula detik itu,hidup Siti mula jadi tidak keruan.Hidupnya menjadi teramat susah.Anaknya telah jatuh sakit namun begitu Siti tidak mampu untuk membayar pembiyaan ubat anaknya.Siti  terpaksa berhutang semata-mata hanya untuk kasihatan anaknya.Anaknya makin hari makin membesar.Makin memerlukan duit.Siti melakukan pelbagai kerja hanya untuk mencari segantang beras untuk dimakan oleh mereka dua beranak.
"Ibu,nak duit sikit.Nak bayar duit kelas tambahan."Minta Laila,anaknya.
"Maaf,Laila.Ibu masih tak dapat kumpul duit untuk bayar kelas tambahan tu tapi bayar yang mampu jelah dulu ye."Ujar ibunya sambil menghulurkan duit yang ada.
"Ibu,Laila malulah dengan kawan-kawan.Diorang takder pun yang berhutang macam kita!"Bentak Laila.
"Ibu sedang usahakan.Sabar ya Laila.Beritahu guru kamu,ibu minta maaf banyak-banyak."Ujar ibunya.
"Sabar,sabar,sabar.Itu je ibu tahu."Tengkingnya.Siti terkejut dengan sikap anaknya.
Suatu hari Laila jatuh sakit.Berminggu-minggu Laila terlantar diatas katil.Sitilah yang bekerja demi mencari wang untuk membali ubat buat  Laila.Siti yang menyuapkan makan,minum Laila.Yang membantu dan memapah Laila kemana dia inginkan.
"Ibu,hari raya dah dekat.Laila nak baju baru.Dah berapa tahun Laila pakai baju sama.Naik muak Laila tengok."Ujar Laila.
"Ah!Takper.Nanti ibu buatkan yang baru ya.Nanti kita ke kedai pilih kain macam mana ya?"Ujar Siti lembut.
Laila memelih kain yang bukan calang-calang.Kain yang bermutu tinggi pasti sahaja harganya turut tinggi.Siti terkesan dengan sikap Laila namun tetap diamkan sahaja.Siti menuruti segala kehendak Laila.Siang malam, Siti bertungkus lumus menyiapkan baju kurung baru untuk satu-satunya permata cahayanya.
Segala yang Laila inginkan pasti diberinya walaupun benda itu mahal.Segala kesalahan Laila,tidak pernah Siti menengkingnya.Siang malam,Siti mencari duit hanya untuk membahagiakan anaknya.Sudahlah miskin,tidak pernah mendapat kasih sayang dari seorang ayah pula tu.Siti ingin Laila berjaya dan lupakan segala kenangan pahitnya.Andai Laila sakit,Siti yang mengendongnya ke klinik.Andai Laila dipukul,Siti akan mempertahankan anaknya dari terluka.Siti tidak ingin melihat Laila sengsara.Siti sanggup berhutang dengan orang kampung semata-mata untuk menghantar Laila melanjutkan pelajarannya.
"Ibu,Laila janji,nanti Laila dah berjaya Laila bawa ibu pergi dari kehidupan kita yang sekarang ni."Ujar Laila.
"Laila,belajar rajin-rajin tau.Jangan malas-malas.Ibu sayang Laila.Ibu nak Laila berjaya."Ucap Siti.
"Laila janji,ibu.Laila akan belajar bersungguh-sungguh.Laila pun sayang ibu."Ujarnya lalu memeluk tubuh kecil ibunya.



Kini Laila telah berjaya menjadi seorang graduan dari sebuah universiti.Laila telah mengawini seorang lelaki yang kaya.Dia telah melupakan janjinya pada ibunya.Suatu hari,Siti ternampak kelibat Laila bersama suaminya.Siti menghampiri mereka.
"Laila,Laila ke ni?Ya Allah,akhirnya aku jumpa anak aku."Ujarnya sambil menyentuh muka Laila.
"Sayang,siapa ni?"Soal suami Laila.
"Ntahlah.Sayang tak kenal pun siapa mak cik ni."Dalihnya.
"Ni ibulah,Laila.Laila dah lupa ibu ke?"Soal Siti.
"Sayang,kenapa dia kata dia ibu sayang?Bukan ke ibu sayang dah meninggal?"Soal suaminya.
"Manalah Laila tahu.Mungkin pengemis biasa je ni.Abang kasi jelah duit kat mak cik ni.Nanti blah lah tu." Ujarnya.Sebolehnya Laila tidak mahu berjumpa ibunya.Suaminya manghulurkan sekepng not RM50.Siti menolak sekeras-kerasnya.
"It's okay if you forget me!But don't ever treat me like I'm a beggar!Even i'm dirty,old but I'm still have my own pride!Remember that!"Ujar Siti lalu berlalu pergi.Dia terkilan dengan perubahan Laila.
"Wah!Mak cik zaman sekarang dah maju ya.Speaking tu.."Seloroh Laila.
Siti mencari peluang pekerjaan di kedai-kedai yang mahu mengambilnya bekerja.Dia tidak pernah mengharapkan simpati masyarakat.Selagi dia mampu berdidikari,dia akan mencari rezekinya sendiri.
Suatu hari,Laila mendapat panggilan mengatakan bahawa ibunya meninggal dalam sebuah kemalangan.Laju dia memandu keretanya ke hospital.
"Ibu,ibu!Maafkan Laila atas kebiadapan Laila hari itu.Laila minta maaf sangat.Laila minta maag sebab tak tunaikan janji Laila dengan ibu.Ibu,tolonglah buka mata balik.Berilah Laila peluang untuk berkhidmat kepada ibu.Laila minta maaf sangat-sangat.Ibu,ibulah ibu yang terbaik yang Laila pernah jumpa.Ibu maafkan Laila. Ibu banyak bersabar dengan kerenah Laila yang entah pape tu."Rontanya.Namun Siti telah pergi selama-lamanya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~THE END~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sayangi ibu anda sebelum mereka pergi untuk selama-lamanya.Jangan sesekali menyakiti hatinya.Telah banyak pengorbanan yang dilakukannya sejak kita berada dalam kandungan ibu kita lagi sehinggalah kita dewasa.Tidak pernah sekali kita berhenti menyusahkan ibu kita.Ibu merupakan insan yang paling kuat kerana mampu bertahan dengan perangai kita.Ibu sanggup berjaga malam semata-mata untuk menjaga kita.
Pengorbanannya bukan sepatutnya disambut hanya pada mother's day.Sepatutnya disambut setiap hari selagi ibu bernyawa.Ibu tidak pernah mengharapkan balasan yang besar cukuplah dengan kita menghormatinya.


MOM,YOU'RE THE BEST!
SARANG-HEI OMMA.
LOVE U MOM.
THANKS ALLAH FOR GIVE ME THE BEST AND PRETTIES MOTHER EVER.