Monday, October 5

::ISLAMOPHIA::

APA ITU ISLAMOPHOBIA???

Definisi kamus bagi kosa “phobia” ialah “ketakutan atau kebencian yang keterlaluan: ketakutan tidak rasional atau amat kuat dan benci terhadap sesuatu”. Secara mudahnya berdasarkan definisi ini, Islamophobia ialah ketakutan tidak rasional atau amat kuat atau benci terhadap Islam. Namun, Islamophobia lebih dari sekadar makna ini dan ia turut menggabungkan kebencian kaum, sikap tidak bertoleransi, prejudis, diskriminasi dan stereotaip. Fenomena Islamophobia pada asasnya ialah kebencian berasaskan agama. Ia mempunyai dua aspek berbeza dari sudut protagonis Islamophobia dan dari sudut mangsa Islamophobia.
Istilah Islamophobia diperkenalkan pada 1996 oleh “Commission on British Muslims and Islamophobia”. Pada tahun berikutnya, “Commission” tersebut yang mengeluarkan “Runnymede Trust Report Islamophobia : a challenge for all of us” menginstitusikan kosa kata Islamophobia sebagai bererti “prejudis terhadap Islam”, walaupun kosa kata tersebut secara harfiahnya bererti “ketakutan tidak berasas terhadap Islam”.



Umat ISLAM sering dilabelkan sebagai "terrorist" oleh kerana itu munculnya "ISLAMOPHOBIA" ini.Namun sedarkah siapa yang mulakan serangan terlebih dahulu???Contohnya,

Kejadian 9/11 

Serangan yang dikatakan disebabkan oleh Islam terhadap WCT.

the truth is I'm not know much about this 9/11


Dalam sekelip mata, Islam menjadi musuh nombor satu dunia dan bertukar wajah menjadi agama yang digeruni. Umat Islam di seluruh dunia dicurigai dan ditakuti walaupun ada umat Islam sendiri yang menjadi mangsa serangan-serangan tersebut. Dunia Barat menganggap umat Islam sebagai risiko keselamatan dan apa sahaja berkaitan Islam dan umatnya dicurigai, tidak kira dari mana atau siapa mereka mahupun bagaimana pakaian mereka.

https://www.youtube.com/watch?v=UshYl5w8Xew  

Gaza

Berapa ramai umat Islam kehilangan tempat tinggal,kehabisan sumber makanan dah kehilangan harta benda akibat perampasan tanah HAK MILIK umat ISLAM.

Mereka hanya membalas dengan lemparan batu sedangkan perampas menggunakkan senjatan moden. Yang melawan mereka adala Al-Qassam iaitu pejuang-pejuang mereka sendiri tetapi mereka tidak menyerang melainkan jika diserang terlebih dahulu.


Ini juga dibuktikan dengan penerbitan beberapa filem berunsur Islamofobia seperti filem “Innocence of Muslim’ arahan Sam Becille yang secara jelas menghina Islam dan Rasulullah SAW serta menunjukkan salahfahaman terhadap Islam itu sendiri. Fenomena Islamofobia semakin hari semakin popular dan memberikan implikasi pelbagai kepada kehidupan umat Islam sehinggakan Pertubuhan Negara-negara Islam telah menubuhkan “OIC Islamofobia Observatory” bagi memantau perkembangan isu ini dan juga mengambil inisiatif usaha-usaha ke arah membetulkan persepsi negatif terhadap Islam. 




ISLAM IS NOT A TERRORIST,THEY FIGHT FOR THEIR RIGHT!!!




Islamophia mungkin tidak ketara di Malaysia tapi di negara-negara lain,ramai umat Islam yang ditindas.


 Rakyat yang tidak bersalah menjadi mangsa.

Ayuhlah bersatu wahai umat Islam,hentikan ISLAMOPHOBIA ini.
Sudah menjadi kewajipan umat islam menjaga dan menolong umat islam yang lain.