Thursday, July 19

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

Assalamualaikum kawa-kawan...Lama dah tak post something kat blog ni..rindu gitu.Ok kali ni aq kembali dengan topik RAMADHAN.

"Apa itu ramadhan??Apa itu puasa??"Andaikan kalau non-muslim tanya korang soalan ni,apa korang nak jawab??
korang pasti akan jawab,"ramadhan tu bulan puasa dimana umat islam diwajibkan puasa,manakala puasa pula ialah menahan lapar dan dahaga",betul?

Sebenarnya,ramadhan ialah bulan ALLAH,dimana pada bulan itu syaitan diikat dan pada bulan itu pintu rahmat terbuka luas dan uamat islam yang beriman diwajibkan untuk berpuasa.Puasa pula ialah menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa dari terbit matahari(subuh) hingga terbenam matahari(maghrib).

"Kalau syaitan diikat,kenapa masih melakukan kezaliman atau kejahatan?"


Ini kerana sebelum tiba kedatangan Ramadhan syaitan telah mengarahkan nafsu untuk menghasut hamba Allah untuk melakukan kejahatan.Nafsu ini ialah suatu benda yang kita tidak nampak,tidak dapat rasa tapi nafsu membuatkan kita inginkan sesuatu benda.Contohnya tidur pada waktu yang tidak sepatutnya.Itu adalah hasutan nafsu dan orang yang lemah ialah orang yang tak mampu melawan nafsunya.


"Apa perkara yang membatalkan puasa?"

Perkara yang membatalkan puasa merupakan perkara yang diharamkan atau dilarang oleh Allah.
  1. Makan dan minum di siang hari.
  2. Berdua-duaan/berzina (menghampiri zina)
  3. Memasukkan sesuatu kedalam rongga badan.
  4. Bersetubuhan bagi suami-isteri di siang hari                                                                                                    

Perekara yang patut kita lakukan pada bulan Ramadhan ialah

  1. Bersedekah/memperbayakkan amalan yang diberkati Allah
  2. Tilawah / tadabbur Al-Quran
  3. Menjaga mulut/telinga/mata 
  4. Ikhlas melakukan amalan


Jadi,ayuh sama-sama jadikan puasa kita kali ini lebih baik.
Anggap ini puasa terakhir kita.
Itu saja dari aq.

AYUH PUASA!!SEMARAKKAN PUASA TAHUN INI!!